Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

28 April 2010

Seminar Merekayasa Perpustakaan - Lawatan Sosial

18 April 2010

Seminar Merekayasa Perpustakaan - Hari Kedua

13 April 2010

Seminar Staf @ PHT

Sepanjang April yang lepas beberapa siri Seminar Staf PHT telah diadakan bagi memberi peluang kepada staf Perpustakaan mengetengahkan bakat dalam pengucapan awam di samping berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.

Pada 11 Mac, Pn. Rabiatul Adawiah telah membentangkan tajuk 'Ketelusan Tatacara dalam Membuat Keputusan', manakala En. Mohd Kamal memilih untuk membicarakan tentang tajuk '6 S'.Seminar Staf turut melibatkan staf sokongan untuk membuat pembentangan. Pada 22 Mac, En. Amran Mat Zin dan Mohd Yusri telah membentangkan tajuk 'Keselamatan Pejabat'. Pada tarikh yang sama juga tajuk 'Keselamatan Jalan Raya' telah dibentangkan oleh Mohd Reduan dan Mohd Afizull.


Pada 25 Mac pula, Seminar Staf Ikhtisas diadakan di kalangan pustakawan di mana 2 tajuk telah dibentang dan dibincangkan iaitu 'Leadership for Library and Info Professional' oleh Pn. Engku Razifah dan 'Knowledge Management: Trend, Reality or Myth' oleh Pn. Wan Emilin.

Terkini, Seminar Staf telah diadakan di Makmal Komputer di mana En. Amran Mamat dan Mohd Syakiren telah membentangkan tajuk 'Etika Pejabat'. Pembentangan kedua oleh Cik Nor Erma dan Mohd. Hasmadi berkenaan Adobe Photoshop telah memberi peluang kepada staf PHT untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam menggunakan perisian tersebut untuk menambahbaik gambar digital.


11 April 2010

Seminar Merekayasa Perpustakaan - Hari Pertama

'Mesyuarat' terakhir sebelum program bermula


Orang kuat teknikal tersenyum semasa membuat persiapan akhir


Panitera dan Panitia Acara tekun meneliti perjalanan program


Panitia Persila menunggu 'kelulusan' tuntutan wang dari Bendahari

Pengacara majlis utama, En. Herman sedang 'touch up' teks MC.


Urus setia di lobi hotel sudah bersiap sedia untuk menyambut peserta seminar


Susun dengan kemas, senang untuk diambil


Percubaan pertama untuk menggantung banting


Antara peserta yang mendaftar awal


Pengacara majlis pada malam perasmian - Encik Saberi dari Unit Latihan USMKK


Meja VIP - Tuan Hj. Pisol, Ketua Pustakawan diapit oleh Pengarah Kampus, Prof. Dato' Mafauzy dan juga Prof. Halim selaku moderator jemputan


Barisan fuchsia di meja makan urus setia


Ceria di majlis perasmian dan makan malam


Peluang membina rangkaian sesama pustakawan


Prof. Dato' Mafauzy, Pengarah Kampus Kesihatan sedang menyampaikan ucapan perasmian


Prof. Dr. Sidek Baba menyampaikan ucaptama bertajuk Ilmu Masa Depan


Sesi ucaptama dipengerusikan oleh PM Siti Hawa


Bergambar bersama mantan Ketua Pustakawan USM, Puan Sofiah Hashim yang sudi melapangkan masa menghadiri perasmian seminar


Pose istimewa dari sebahagian AJK