Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

13 March 2013

Perhimpunan Mac 2013, Anugerah Staf Senyum Sokmo

Perhimpunan bulan Mac 2013 telah diadakan pada 3 Mac 2013. Tibalah giliran Pn. Rabiatul Adawiah menyampaikan tazkirah pada kali ini.  Tajuk tazkirah beliau ialah Adab Mendengar dan Menadah Ceramah (sumber: http://zaharuddin.net/koleksi-ceramah.html) antaranya ialah:
1) Semak latar belakang penceramah
2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya.
3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh
5)  Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya. 
7) Setelah mendapat sesuatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal.

Pada akhir sesi, pemenang Anugerah Staf Senyum Sokmo telah diumumkan dan beliau ialah:


Mohd Khairul Afif Azman

Tahniah dan Syabas! Semoga senyum ini sentiasa berkekalan.
Kepada semua, ingatlah! sedeqah yang paling senang tanpa memerlukan modal dan wang ringgit ialah dengan memberikan senyuman sahaja :)

Senyum seindah suria, Yang membawa cahya, Senyumlah dari hati, Duniamu berseri
Senyum umpama titian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntumSenyum... kepada semua, Senyumanmu amatlah berharga, Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah Ikatan...

Perhimpunan Februari 2013, Anugerah Staf Berketerampilan

Perhimpunan Bulan Februari 2013 telah diadakan pada 3 Feb 2013 yang lalu. Tazkirah pada kali ini telah disampaikan oleh Pn. Che Hasnah dengan memberi kupasan dan ulasan berkenaan Perutusan Naib Canselor 2013 yang berdasarkan kepada tema BUKU 2013: Mensinergi Ekosfera Universiti Untuk Kecemerlangan. Mata hati, qalbu dan nurani merupakan elemen penting dalam menitik beratkan sesuatu tugasan dan amalan yang akan dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, staf untuk Anugerah Staf Berketerampilan telah diumumkan dan beliau ialah:

Abdul Hadi Mohammad
Syabas dan Tahniah diucapkan. Kepada yang lain, jangan berputus asa, giliran tuan/puan belum tiba. Tingkatkan kekemasan dan keperibadian anda!

Seminar Staf PHT 2013


SSPHT 1/2013: Pembuka tirai 2013 dimulakan dengan aktiviti SSPHT 1/2013 yang telah diadakan pada 21 Feb 2013. Pembentangan telah dijayakan oleh:

En. Khairul Nizam Talib & En. Nik Mohd. Yusri: Pengurusan Harta Awam


 En. Abdul hadi Mohammad & En. Mohd Hasmadi Hasan: Kepimpinan dalam Pengurusan


Pelbagai maklumat dan perbincangan dapat dikongsi bersama bagi menambahkan ilmu dan meningkatkan kemahiran. Berjumpa pada sesi akan datang....