Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

28 July 2013

Lawatan Penandaarasan 2013

Alhamdulillah..18-20 Jun yang lalu akhirnya PHT dapat juga mengadakan lawatan penandaarasan sebagaimana yang dirancangkan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan sokongan pihak pengurusan lawatan ini telah berjalan dengan lancar.

PHT telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kepelbagaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan memberi peluang dan ruang untuk penambahbaikan di PHT.



Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)



  
 

Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia


Galeri dan Muzium, Bank Negara Malaysia




 
  
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
(Perpustakaan Raja Tun Uda)




 
Terima kasih kepada Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kerana sudi menerima kunjungan kami. Salam ukhuwah dan salam persahabatan :)

Excel 7 @ Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Timur

Pasukan Excel 7 sekali lagi telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Timur pada 26 Jun 2013 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Excel 7 telah meraih perak bagi pertandingan tersebut. Tahniah..teruskan usaha ke peringkat yang lebih tinggi..




Pertandingan Esei Amalan QE/5S

Jawatankuasa 5S, PHT telah menganjurkan Pertandingan Esei QE/5S untuk semua staf perpustakaan kecuali AJK. Selama seminggu bermula 9 Jun 2013 tempoh yang diberikan kepada peserta untuk menyiapkan esei tersebut yang bertajuk: Pada pandangan saya, cara yang paling berkesan untuk membudayakan Amalan persekitaran Berkualiti QE/5S ialah....

Pemenang telah diumumkan semasa Perhimpunan Julai 2013 (7 Julai 2013) dan keputusannya:
Tempat Pertama (Hadiah Wang Tunai RM50.00 dan sijil)
Tengku Yah Tengku Omar 

Wakil
Tempat Kedua (Hadiah Wang Tunai RM30.00 dan sijil)
Tengku Nor Maheran Tengku Ab. Kadir 
Tempat Ketiga (Hadiah Wang Tunai RM20.00 dan sijil)
Mohd Afizull Ahmad


Esei para pemenang akan diterbit dalam Buletin i @ PHT. Kepada semua, sila nantikan buletin edisi Julai-Dis 2013. TAHNIAH & SYABAS!!!