Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

24 February 2014

Lawatan Daripada Pelajar Wadi Sofea International School

23 Feb 2014 (Sunday, 12.00 pm)





11 February 2014

Lawatan QE/5S dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

Salam Perkenalan QE/5S

Seramai 40 orang staf dari Fakulti Sains, UPM telah datang mengadakan Lawatan QE/5S ke Kampus Kesihatan USM pada 9 Feb 2014 yang lalu. Rombongan juga telah melawat Perpustakaan Hamdan Tahir bagi melihat persekitaran dan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S. Gambar sekitar lawatan tersebut:








Majlis Perpisahan En. Draman Nen

9 Feb 2014

En. Draman Nen, Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) telah meletak jawatan dari USM dan akan meneruskan perkhidmatan di UNIMAS sebagai tenaga pengajar. Beliau terlebih dahulu akan melanjutkan pengajian ke universiti di Sydney, Australia. Segala jasa dan sumbangan beliau di sini selama 3 tahun tetap kami kenang. Selamat meneruskan perjuangan dan salam maju jaya daripada kami!

 



Riang Ria Rabu 2/2014

29 Jan 2014
Story Telling daripada Mak Engku kembali lagi!

Kali ini mak engku bercerita kisah Pak Pandir dan garamnya.

Manakala k.we dan abang shaari telah mengajak adik-adik membuat origami Rabbit!



 


Yey!!! Inilah Rabbit kami...Cantik tak?

Riang Ria Rabu 1/2014

22 Jan 2014

Program Riang Ria Rabu pada kali ini telah diserikan lagi dengan Sambutan Mawlidur Rasul 1435H anjuran bersama Sekolah Dalam Hospital (SDH) dan pihak Hospital USM. Sambil kita bergembira, sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak dilupakan bagi peringatan bersama dan mencetus kesedaran bagi generasi muda.

Salam Mawlidur rasul daripada kami semua :)