Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

27 September 2012

Cataloguing Workshop: Dos and Dont's


2 Mei 2012 - PHT telah mengadakan Bengkel Pengkatalogan untuk semua staf yang terlibat dengan pengkatalogan bahan seperti buku, tesis dan bahan media. Bengkel sehari ini disertai oleh seramai sepuluh orang peserta terdiri daripada staf Bahagian Proses Teknik, Bahagian Bahan-bahan Bersiri dan Dokumen dan Bahagian Perkhidmatan Media.

Fasilitator untuk bengkel ini ialah Pn. Che Hasnah Ab. Ghani, Pn. Rugayah Ali dan Pn. Rabiatul Adawiah Ab. Manan. Perkongsian ilmu dan kemahiran amatlah berharga bagi meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti staf. Bengkel ini menerangkan secara terperinci aspek pengkatalogan bermula dari Dasar Pengkatalogan sehingga pengkatalogan amali. Penghasilan dan kualiti pengkatalogan amat dititik beratkan bagi mencerminkan imej perpustakaan.

Semoga bengkel ini akan meningkatkan lagi kualiti pengkatalogan bahan dan selaras dengan standard yang ditetapkan bagi memudahkan akses bahan.


Usaha Tangga Kejayaan!

19 September 2012

Riang Ria Rabu..PHT Sentiasa Bersamamu

Alhamdulillah...tanpa disedari sudah hampir 2 tahun PHT telah turut serta dalam menjayakan Program Riang Ria Rabu anjuran Jabatan Pediatrik, Hospital USM di Pusat Sumber Kanak-Kanak. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang aktiviti sukarela ini dijalankan bagi memberi sokongan moral dan meringankan beban kesakitan kanak-kanak tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan...

Bercerita, Teka-teki, Mari Mewarna, Teka Gambar/Bunyi, Kuiz dan sebagainya.

Harapan kami semoga kanak-kanak ini terhibur dan tabah menghadapi dugaan dan kesakitan yang ditanggung. Segalanya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi..

Check Out The Latest Books @ PHT



2) Under online services --> NEW ARRIVAL: http://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=newArrival&action=latestArrivalRetriever.jsp



3) Filter by: Item Location    Filter value: Kesihatan

18 September 2012

Raya @ PHT 2012

Ketupat dimakan bersama rendang
Rendang daging menjadi rebutan
Pelajar dan staf turut diundang 
Raya @ PHT menjadi ingatan
Tanggal 10 Sept 2012 bertempat di Bahagian Perkhidmatan Media, Majlis Sambutan Raya @ PHT 2012 telah diadakan dengan meriah dan sederhana untuk staf dan pengguna Perpustakaan. Pelbagai juadah telah dihidang, pelbagai hiasan telah dipapar, pelbagai ragam dan celoteh telah dirakam. Pihak perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga sambutan pada kali ini akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama warga Kampus Kesihatan. Sokongan padu dan kerjasama yang dihulur amat dihargai dalam menambahbaik perkhidmatan yang kami sediakan. Terima kasih dan Jumpa lagi!

Raya@PHT 2012

17 September 2012

NEWS: The Biomedical & Life Sciences Collection

The new site for The Biomedical & Life Sciences Collection is now live!
This is a great opportunity to use the talks for learning, teaching and research.

Your regular access link will take you straight to the new site!
www.hstalks.com/access

Off campus you may be asked for a username and password. Please contact your Reference Librarian at: ext. 1478 / emilin@kck.usm.my

Happy browsing!

09 September 2012

Apa ada pada KRISALIS?

Bagaimana mencari bahan di Perpustakaan dengan cepat dan tepat?
Sila gunakan WebOPAC (Online Public Access Catalog) yang disediakan oleh Perpustakaan. WebOPAC Perpustakaan USM dinamakan KRISALIS.

Apa antara perkara penting yang perlu diperhatikan pada KRISALIS?
No. Panggilan  : Sila catat untuk memudahkan pencarian
Lokasi bahan   : Sekiranya bahan tersebut terdapat di PHS (Perpustakaan Hamzah Sendut) atau Kejuruteraan, anda boleh meminjam bahan tersebut melalui Pinjaman Antara Perpustakaan. Sila email: interlib@kk.usm.my / berurusan di Kaunter Rujukan.
Status bahan  : Available - terdapat di rak.
                               Circulated- Bahan masih dalam pinjaman pengguna lain.
                                                        Sila buat tempahan dalam talian.
                               Final process / In Process: Masih dalam pemprosesan.
                                                     Boleh dimohon dengan mengisi Borang Bahan Dalam Urusan.
                               On order- Bahan masih dalam pesanan.

Sekiranya ada pertanyaan, jangan lupa hubungi kami...

06 September 2012

Welcome New Students to Perpustakaan Hamdan Tahir!

We are always happy to answer questions whether at the Reference Counter or LiveChat.
Any enquiries, you may email to: rujukan@kb.usm.my , ext. 1458.
We wish you every success with your studies.
See you :)