Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

05 January 2012

2011 - Imbauan Sepanjang Tahun

Tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya. Pelbagai kisah pahit manis, suka duka yang dilalui oleh Perpustakaan Hamdan Tahir dan juga warganya sepanjang tahun ini. Sebagai penutup lembaran 2011 blog ini cuba untuk melewati perjalanan yang telah kami lalui. Moga lembaran baru yang bakal dibuka tahun 2012 akan menyaksikan blog Secangkir Kopi @ PHT lebih menarik dan berinformatif.
BMJ Database Training yang disampaikan oleh Dju Lyn


Seminar Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan di PPAT




Lawatan daripada Unit Ko-kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
 


Majlis Perjumpaan Pustawan Perhubungan dan Wakil-wakil Perpustakaan


                                                 Program Jerayawara di Jabatan Oftalmologi

 Lawatan Pendaarasan ke Sarawak dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Timur


                                         Majlis Pelancaran Amalan 5S di Zon Hamdan Tahir 



                            Kursus Blue Ocean Strategi untuk PUSM di Sungai Petani, Kedah


                                                  Audit MS ISO 9001: 2008 oleh SIRIM

                                    Pra-Audit oleh MPC untuk mendapatkan Pensijilan Amalan 5S

                                         Audit oleh MPC untuk mendapatkan Pensijilan 5S

Lawatan Pelajar Baharu ke PHT

EPISOD 2012 KINI BERMULA.....

01 December 2011

Dekat Di Hati

Tahun 2011 menyaksikan beberapa pergerakan staf di Perpustakaan Hamdan Tahir.

Puan Che Hasnah Ab. Ghani  telah ditempatkan semula di Perpustakaan Hamdan Tahir bermula 17 Januari 2011 setelah lebih 3 tahun berkhidmat di Perpustakaan Hamzah Sendut.


Sireh pulang ke gagang


PHT juga  telah 'kehilangan' beberapa orang warga staf. Antaranya Cik Nor Hairani Abdul Rashid yang telah berhijrah ke Unit Rekod Perubatan HUSM pada 12 Mei 2012 bagi mengisi jawatan baru di sana.

Rani masih setia mengunjungi PHT



Encik Mohd Kamal Mohd Napiah telah ditukarkan ke Perpustakaan Hamzah Sendut mulai 1 Mac 2011 dan sekarang berkhidmat di Bahagian Perhubungan Pelanggan di sana.


Tanda hati kenang-kenangan dari warga PHT disampaikan oleh Puan Engku Razifah



En. Ab Rahman Mamat telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 2011 kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kota Bharu. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai-Nya.


Che Mae dalam kenangan

20 April 2011

Aktiviti mengeluarkan peluh @ PHT

PHT meriah lagi dengan aktiviti mengecat kotak tanaman di sekitar bangunan perpustakaan yang diadakan pada 18 April yang lepas. Gotong royong jabatan yang saban tahun diadakan diberi sedikit kelainan pada tahun ini. Kali ini JK Perpustakaan Sejahtera PHT telah mengadakan aktitivi mengecat kotak simen tanaman bunga di sekitar bangunan perpustakaan.

Aktiviti ini dilakukan secara gotong royong dan berkumpulan serta staf dibahagikan kawasan mengikut kumpulan masing-masing.
Sekali sekala melakukan aktiviti sebegini memang amat menyeronokkan

cat jangan tak cat

Staf perempuan pun turut sama merasai pengalaman mengecat

Gigih walaupun di tengah panas terik!


yang mana satu nak guna ni...testing dulu lah...

Masing-masing menunjukkan bakat mengecat

sembang-sembang sambil mengecat


Memang rajin lah staf PHT ni...dah habis mengecat, siap bersihkan titisan-titisan cat yang tertumpah dibantu pencuci kontrak

Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan kotak-kotak tanaman sudah berwajah baru. Sekali sekala melakukan aktiviti sebegini mampu memberikan kepuasan kepada staf dan pada masa yang sama dapat mengeluarkan peluh dan merembeskan hormon-hormon stress dalam badan.

Sekali lagi aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara staf dan memupuk semangat kerja berpasukan dan saling bekerjasama antara staf. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua staf di atas sokongan anda mengindahkan lagi perpustakaan kita.

13 February 2011

PHT @ Riang Ria Rabu

PHT kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menjalin kerjasama dengan Jabatan Pediatrik dalam menjayakan program Riang Ria Rabu. Program komuniti mingguan pada setiap hari rabu ini bertujuan memberikan sokongan psikologi kepada pesakit di wad kanak-kanak, HUSM.

Pada tahun 2010, PHT telah menyertai program ini sebanyak 3 kali, manakala pada tahun 2011 PHT akan menyertainya sebanyak 6 kali (dua bulan sekali).

Dua kumpulan khas PHT telah dibentuk untuk merancang & menjayakan program tersebut. Yang penting, objektif untuk memberi sokongan psikologi kepada adik-adik kecil tercapai, disamping memberi keinsafan kepada staf yang menyertai program tersebut..







04 October 2010

Pameran PHT @ Dewan Utama

Pada tanggal 3 Oktober yang lepas, satu acara bersejarah telah berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara USM-DBP dan juga USM-MERCY Malaysia. Perpustakaan Hamdan Tahir juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan menyertai pameran yang diadakan di dalam dewan yang sama.

Perpustakaan Hamdan Tahir merakamkan ucapan tahniah kepada pensyarah-pensyarah USM Kampus Kesihatan yang telah berjaya menerbitkan buku melalui DBP yang telah dilancarkan semasa majlis tersebut. Serta ucapan Selamat Bertugas kepada beberapa orang pensyarah PPSP yang akan berangkat ke Bangladesh bagi menyumbang bakti di dalam Misi Kemanusiaan anjuran MERCY Malaysia.




Antara buku yang dipamerkan -- terdiri dari penerbitan DBP


Pengarah Kampus mengiringi Presiden Mercy Malaysia melawat tapak pameran


Prof. Abdul Aziz Baba melihat koleksi yang dipamerkan


Barisan petugas pameran - pose istimewa


Bersedia untuk memberi penerangan kepada pengunjung

Pengantin Baharu @ PHT

Salam ceria dari Secangkir Kopi.

Kami seluruh warga PHT amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada pengantin baharu di bulan Syawal, iaitu YM Tengku Syarmiza Tengku Zahid yang telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati beliau, Rozilla bt Mohamad pada 12 September yang lalu. Kenduri perkahwinan di sebelah pihak pengantin perempuan telah diadakan pada keesokan hari di Kg. Kubang Bemban Pasir Mas.

Semoga Allah melimpahkan Rahmah dan Barakahnya kepada kalian, semoga berbahagia dunia akhirat.