Pada 11 Mac 2010 yang lepas PHT telah mengadakan Program Jerayawara yang pertama untuk tahun ini. Pembuka tirai program ini telah diadakan di Jabatan Radiologi dan disertai seramai 23 orang.
Program yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara telah melalui fasa 'rebranding' apabila diberikan nama yang lebih sesuai iaitu 'jerayawara' yang bermaksud ''persembahan, pameran atau ceramah oleh seseorang atau sekumpulan orang yang berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb". Boleh rujuk Kamus Dewan Online di sini.
Program Jerayawara ini telah diatur oleh En. Kamal selaku pegawai perhubungan Jabatan Radiologi bersama dengan Dr. Salmah @ Win Mar selaku wakil perpustakaan jabatan tersebut.
Penerangan tentang perkhidmatan Perpustakaan secara maya dan juga sumber-sumber atas talian yang disediakan oleh PHT untuk membantu penyelidikan telah disampaikan oleh Pn. Nik Asmak dan Pn. Wan Emilin.

Peserta turut mengajukan soalan berkaitan
Beberapa siri program jerayawara akan diadakan pada masa akan datang. Sekiranya anda merasakan kami perlu datang ke jabatan anda bolehlah menghubungi pegawai perhubungan Perpustakaan anda sekarang!
0 comments:
Post a Comment