Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

28 May 2013

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen Pangkalan Data Science Direct


Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa pada tahun ini bajet Perpustakaan telah berkurangan sebanyak 38%. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjimat cermat, mulai Mac 2013 Perpustakaan tidak dapat meneruskan langganan beberapa pangkalan data termasuk Pangkalan Data Science Direct.

Walau bagaimanapun, Perpustakaan telah berusaha dan telah mengambil initiatif dengan menyediakan perkhidmatan alternatif yang dikenali sebagai “Perkhidmatan Pembekalan Dokumen Science Direct” bagi membantu pengguna untuk memperolehi artikel yang diperlukan dengan kadar segera.

Pengguna hanya perlu mengisi borang dalam talian, menyemak status permohonan dan artikel teks penuh akan diperolehi dalam tempoh 48 jam.

Pihak Perpustakaan sangat menghargai sokongan yang diberikan selama ini dan akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan baru ini berjalan dengan lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: http://www.lib.usm.my/equip-usm/custom/sciencedirect.jsp

Terima kasih atas sokongan anda.

KETUA PUSTAKAWAN
Perpustakaan USM

22 May 2013

Excel 7 & KIK 2013

Excel 7, Kump. KIK dari PHT yang dianggotai oleh Wan Emilin, Rabiatul Adawiah, Draman, Amran Mat Zin, Amran Mamat, Ahmad Syakiren dan Eddie Shamsuar telah berjaya meraih Naib Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kampus Kesihatan 2013 pada 14 Mei 2013 yang lalu. Projek "Sistem Pinjaman Jurnal Akademik" yang telah diaplikasikan di Bahagian Bahan-bahan Bersiri dan Dokumen ini telah dicipta oleh En. Amran Mat Zin melalui perisian sumber terbuka. Projek ini telah hasilkan melalui cetusan idea apabila kerap terdapat jurnal terkini yang kerap hilang disebabkan oleh tiada sistem kawalan dan pinjaman yang mantap. Hasil garapan kump. Excel 7 telah mengurangkan kadar kehilangan jurnal semasa. Excel 7 telah membawa pulang wang tunai RM300, piala dan sijil penyertaan. Pertandingan seterusnya di peringkat Wilayah Timur pada 25 Jun 2013. Tahniah, Selamat Maju Jaya dan Syabas!



Aloe Vera dan Radiasi Komputer

Tanggal 25 Mac 2013 - Pihak Pengurusan PHT melalui Jawatankuasa Lestari telah mengagihkan Aloe Vera kepada setiap staf sebagai langkah pencegahan radiasi monitor komputer. Radiasi komputer merupakan ancaman kepada staf yang tumpuan kerja banyak menggunakan komputer. Monitor komputer yang merupakan sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini akan meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan pelbagai penyakit lain. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simptom-simptom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.Memandangkan kebanyakkan servis telah dijalankan secara dalam talian, penggunaan komputer akan semakin meningkat dan masa tumpuan juga akan bertambah. Justeru itu, agihan aloe vera ini dapat membantu staf menjaga kesihatan mata dan mendidik tabiat sukakan tanaman hijau. Sifat amanah juga dapat diterapkan di dalam diri staf dengan menjaga aloe vera sebaik mungkin. Konsep hijau dalam pejabat juga dapat diaplikasikan. Mencegah lebih baik dari merawat ;)