Tanggal 25 Mac 2013 - Pihak Pengurusan PHT melalui Jawatankuasa Lestari telah mengagihkan Aloe Vera kepada setiap staf sebagai langkah pencegahan radiasi monitor komputer. Radiasi komputer merupakan ancaman kepada staf yang tumpuan kerja banyak menggunakan komputer. Monitor komputer yang merupakan sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini akan meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan pelbagai penyakit lain. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simptom-simptom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.Memandangkan kebanyakkan servis telah dijalankan secara dalam talian, penggunaan komputer akan semakin meningkat dan masa tumpuan juga akan bertambah. Justeru itu, agihan aloe vera ini dapat membantu staf menjaga kesihatan mata dan mendidik tabiat sukakan tanaman hijau. Sifat amanah juga dapat diterapkan di dalam diri staf dengan menjaga aloe vera sebaik mungkin. Konsep hijau dalam pejabat juga dapat diaplikasikan. Mencegah lebih baik dari merawat ;)
skip to main |
skip to sidebar
0 comments:
Post a Comment