En. Shaari memberi penerangan tentang keampunan dan rahmat Allah swt itu adalah tersangatlah luas. Kita sebagai hamba walau sebesar mana dosa yang telah dilakukan, mestilah sentiasa meminta keampunan daripada Allah swt. Allah swt akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik kepadanya. Manakala kesalahan dan dosa sesama insan hendaklah diselesaikan sesama insan terlebih dahulu, barulah akan diampun oleh Allah swt. Sebagai contoh jika kita ada melakukan dosa yang berkaitan dengan manusia, kita mestilah menyelesaikannya sesama manusia terlebih dahulu barulah Allah swt akan mengampunkan kita.
Setelah itu, perhimpuan diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Timbalan Ketua Pustakawan, YM Engku Razifah Engku Chik yang menerangkan tentang amalan berjimat cermat. Yang Mulia Puan Engku menyarankan semua staff agar berjimat-cermat dengan penggunaan segala alatan pejabat dan menggunakannya apabila betul-betul perlu sahaja. YM Engku Razifah Engku Chik juga membaca sepotong terjamahan Al-Quran dan memberi sedikit penerangan tentangnya.
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Hanif dan sedikit senaman yang diketuai oleh Encik Amran Mamat.

0 comments:
Post a Comment