Excel 7, Kump. KIK dari PHT yang dianggotai oleh Wan Emilin, Rabiatul Adawiah, Draman, Amran Mat Zin, Amran Mamat, Ahmad Syakiren dan Eddie Shamsuar telah berjaya meraih Naib Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kampus Kesihatan 2013 pada 14 Mei 2013 yang lalu. Projek "Sistem Pinjaman Jurnal Akademik" yang telah diaplikasikan di Bahagian Bahan-bahan Bersiri dan Dokumen ini telah dicipta oleh En. Amran Mat Zin melalui perisian sumber terbuka. Projek ini telah hasilkan melalui cetusan idea apabila kerap terdapat jurnal terkini yang kerap hilang disebabkan oleh tiada sistem kawalan dan pinjaman yang mantap. Hasil garapan kump. Excel 7 telah mengurangkan kadar kehilangan jurnal semasa. Excel 7 telah membawa pulang wang tunai RM300, piala dan sijil penyertaan. Pertandingan seterusnya di peringkat Wilayah Timur pada 25 Jun 2013. Tahniah, Selamat Maju Jaya dan Syabas!
skip to main |
skip to sidebar
Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman
22 May 2013
Aloe Vera dan Radiasi Komputer
Tanggal 25 Mac 2013 - Pihak Pengurusan PHT melalui Jawatankuasa Lestari telah mengagihkan Aloe Vera kepada setiap staf sebagai langkah pencegahan radiasi monitor komputer. Radiasi komputer merupakan ancaman kepada staf yang tumpuan kerja banyak menggunakan komputer. Monitor komputer yang merupakan sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini akan meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan pelbagai penyakit lain. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simptom-simptom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.Memandangkan kebanyakkan servis telah dijalankan secara dalam talian, penggunaan komputer akan semakin meningkat dan masa tumpuan juga akan bertambah. Justeru itu, agihan aloe vera ini dapat membantu staf menjaga kesihatan mata dan mendidik tabiat sukakan tanaman hijau. Sifat amanah juga dapat diterapkan di dalam diri staf dengan menjaga aloe vera sebaik mungkin. Konsep hijau dalam pejabat juga dapat diaplikasikan. Mencegah lebih baik dari merawat ;)
29 April 2013
23042013 Selamat Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
23 April 2013 - PHT4U: Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
PHT telah mengadakan Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertempat di Dataran Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus. Diantaranya, Pop Kuiz, Scrabble, My Home Library, gerai (MyIPO-Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Maxis, TM Point, Aksesori Komputer, Jualan Buku Sya. Muda Osman, Cenderamata USM, Jualan Buku Pensyarah USM, Kelab ASTAKA dan Tupperware) dan PHT e-books.
Pop Kuiz telah disertai oleh pelajar, pertandingan sengit antara Pusat Pengajian Sains Perubatan (Kump. Triceps), Sains Kesihatan (Kump. JK Rowling) dan Pergigian (Kump. Aku Terima Nikahnya). Ia telah dimenangi oleh Kump. Aku Terima Nikahnya:
Scrabble telah dimenangi oleh jeng..jeng..jeng
Pada sebelah petang telah diadakan Ceramah Hak Cipta yang telah disampaikan oleh En. Mohamad Fairuz Mohd Pilus, Pengarah Bahagian Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pelbagai maklumat dan pendedahan tentang hak cipta dan pelbagai aspek telah disampaikan.
PHT telah mengadakan Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertempat di Dataran Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus. Diantaranya, Pop Kuiz, Scrabble, My Home Library, gerai (MyIPO-Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Maxis, TM Point, Aksesori Komputer, Jualan Buku Sya. Muda Osman, Cenderamata USM, Jualan Buku Pensyarah USM, Kelab ASTAKA dan Tupperware) dan PHT e-books.
Pop Kuiz telah disertai oleh pelajar, pertandingan sengit antara Pusat Pengajian Sains Perubatan (Kump. Triceps), Sains Kesihatan (Kump. JK Rowling) dan Pergigian (Kump. Aku Terima Nikahnya). Ia telah dimenangi oleh Kump. Aku Terima Nikahnya:
Scrabble telah dimenangi oleh jeng..jeng..jeng
Gambar sekitar Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
Terima kasih kepada semua :)
Perhimpunan April 2013, Anugerah Staf Berketerampilan dan Berbudi Bahasa
7 April 2013 - Bertempat di hadapan Kaunter Rujukan PHT, En. Mohd Zuhdi Mohd Ali telah menyampaikan tazkirah berkaitan Pesanan Imam al-Ghazali dalam Perhimpunan April 2013. Kupasan tersebut memberi banyak peringatan dan pencerahan kepada staf PHT tentang kematian, masa, nafsu, amanah dan tanggungjawab, solat serta tutur kata. Semua itu merupakan faktor utama dalam menjaga perhubungan antara Allah dan sesama manusia.
Seterusnya keputusan Staf Berketerampilan untuk Mac 2013 telah diumumkan oleh juri (Pn. Nik Asmak Nik Idris) iaitu En. Amran Mamat.
Seterusnya keputusan Staf Berketerampilan untuk Mac 2013 telah diumumkan oleh juri (Pn. Nik Asmak Nik Idris) iaitu En. Amran Mamat.
Keputusan Staf Berbudi Bahasa juga telah diumumkan oleh Pn. Nurul Azurah Mohd Roni selaku juri untuk kategori ini. Anugerah ini disandang oleh
En. Tengku Syarmiza Tengku Zahid.
TAHNIAH diucapkan kepada yang menang, yang tidak berjaya cuba tambahbaik keterampilan dan budi bahasa kita!
Selamat Maju Jaya En. Azhan
Tanggal 14 Mac 2013, merupakan hari terakhir En. Mohd Azhan B. Ismail berkhidmat di PHT dan beliau akan meneruskan khidmatnya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan. PHT mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat juga diaplikasi dan ditambahbaik ditempat kerja baharu. Selamat Maju Jaya!
13 March 2013
Perhimpunan Mac 2013, Anugerah Staf Senyum Sokmo
Perhimpunan bulan Mac 2013 telah diadakan pada 3 Mac 2013. Tibalah giliran Pn. Rabiatul Adawiah menyampaikan tazkirah pada kali ini. Tajuk tazkirah beliau ialah Adab Mendengar dan Menadah Ceramah (sumber: http://zaharuddin.net/koleksi-ceramah.html) antaranya ialah:
1) Semak latar belakang penceramah
2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya.
3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh
5) Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya.
7) Setelah mendapat sesuatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal.
Pada akhir sesi, pemenang Anugerah Staf Senyum Sokmo telah diumumkan dan beliau ialah:

Perhimpunan Februari 2013, Anugerah Staf Berketerampilan
Perhimpunan Bulan Februari 2013 telah diadakan pada 3 Feb 2013 yang lalu. Tazkirah pada kali ini telah disampaikan oleh Pn. Che Hasnah dengan memberi kupasan dan ulasan berkenaan Perutusan Naib Canselor 2013 yang berdasarkan kepada tema BUKU 2013: Mensinergi Ekosfera Universiti Untuk Kecemerlangan. Mata hati, qalbu dan nurani merupakan elemen penting dalam menitik beratkan sesuatu tugasan dan amalan yang akan dilaksanakan.
Syabas dan Tahniah diucapkan. Kepada yang lain, jangan berputus asa, giliran tuan/puan belum tiba. Tingkatkan kekemasan dan keperibadian anda!
Dalam masa yang sama, staf untuk Anugerah Staf Berketerampilan telah diumumkan dan beliau ialah:
| Abdul Hadi Mohammad |