Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

31 December 2013

Cozy Corner @ PHT

PHT proudly present a new corner that inspires you to be more productive and successful. 
Cozy Corner @ PHT; a comfortable study space, flexible and WIFI access. 
Soft seating is provided to accommodate a variety of study styles. 
 Located at the first floor adjacent to the Reference Collection. 
No Registration No Reservation..Come and help yourself...

See you ;)







23 December 2013

Library Extended Hours for the Exam Period

To accommodate students preparing for exams, the Library will be extending its hours from 1 - 13 January 2014 as follows:


DATE / DAY
OPENING HOURS
1 – 2 Jan 2014
(Wed – Thursday)
8.30 am - 11.00 pm
3 Jan 2014
(Friday)
8.30 am – 12.15 pm
4 – 9 Jan 2014
(Saturday – Thursday)
8.30 am - 11.00 pm
10 Jan 2014
(Friday)
8.30 am – 12.15 pm
11 – 13 Jan 2014
(Saturday – Monday)
8.30 am - 11.00 pm
14 Jan 2014
(Tuesday)
CLOSED
(Public Holiday: Mawlidurrasul)

Thank you.

Pameran Pembaharuan Persijilan ICC Kategori Organisasi

3 Dis 2013: Kumpulan KIK, PHT iaitu Excel 7 telah turut serta mengadakan pameran ICC bertempat di Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA), bagi menjayakan  Pembaharuan Persijilan ICC Kategori Organisasi oleh pihak MPC. Tajuk projek: Sistem Pinjaman Jurnal Akademik.






Program Bubur Asyura oleh ASTAKA

25 Nov. 2013 - dianjurkan oleh ASTAKA (Kelab Angkatan Sukan dan Seni Perpustakaan) telah berlangsung dengan meriah dan jayanya dengan bantuan dan kerjasama daripada semua staf PHT.








Audit Pengurusan Terimaan

20 Okt 2013 - Juruaudit dari Jabatan Audit USM Pualu Pinang telah datang mengadakan audit kewangan di PHT, Pelbagai skop telah dinilai dan dimajukan bagi memenuhi ketepatan piawaian audit.






Lawatan daripada pihak MQA untuk Pusat Pengajian Sains Pergigian

2 Okt 2013 yang lalu 2 orang wakil MQA telah datang melawat PHT dengan diiringi oleh Dekan, Pusat Pengajian Sains Pergigian bagi tujuan akreditasi.






Seminar Pemantapan Diri Untuk Kecemerlangan Organisasi Siri II

24 Okt 2013: Telah disampaikan oleh Dr. Hafidzah Hj. Mustakim (Pengamal Perubatan Persendirian) dengan tajuk ceramah: Staf Sihat, Organisasi Hebat bertempat di Bilik Seminar, PHT. Peserta terdiri daripada staf PHT dan juga staf CRI-CHS.

Sekitar ceramah tersebut:

 



Lawatan dari Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan

29 OKT 2013





24 October 2013

Media Collection & Services @ PHT


01 October 2013

Beraya Bersama Yang Teristimewa di Pusat Sumber Kanak-kanak, Hospital USM









28 July 2013

Lawatan Penandaarasan 2013

Alhamdulillah..18-20 Jun yang lalu akhirnya PHT dapat juga mengadakan lawatan penandaarasan sebagaimana yang dirancangkan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan sokongan pihak pengurusan lawatan ini telah berjalan dengan lancar.

PHT telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Kepelbagaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan memberi peluang dan ruang untuk penambahbaikan di PHT.



Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)



  
 

Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia


Galeri dan Muzium, Bank Negara Malaysia




 
  
 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
(Perpustakaan Raja Tun Uda)




 
Terima kasih kepada Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kerana sudi menerima kunjungan kami. Salam ukhuwah dan salam persahabatan :)

Excel 7 @ Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Timur

Pasukan Excel 7 sekali lagi telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Timur pada 26 Jun 2013 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Excel 7 telah meraih perak bagi pertandingan tersebut. Tahniah..teruskan usaha ke peringkat yang lebih tinggi..




Pertandingan Esei Amalan QE/5S

Jawatankuasa 5S, PHT telah menganjurkan Pertandingan Esei QE/5S untuk semua staf perpustakaan kecuali AJK. Selama seminggu bermula 9 Jun 2013 tempoh yang diberikan kepada peserta untuk menyiapkan esei tersebut yang bertajuk: Pada pandangan saya, cara yang paling berkesan untuk membudayakan Amalan persekitaran Berkualiti QE/5S ialah....

Pemenang telah diumumkan semasa Perhimpunan Julai 2013 (7 Julai 2013) dan keputusannya:
Tempat Pertama (Hadiah Wang Tunai RM50.00 dan sijil)
Tengku Yah Tengku Omar 

Wakil
Tempat Kedua (Hadiah Wang Tunai RM30.00 dan sijil)
Tengku Nor Maheran Tengku Ab. Kadir 
Tempat Ketiga (Hadiah Wang Tunai RM20.00 dan sijil)
Mohd Afizull Ahmad


Esei para pemenang akan diterbit dalam Buletin i @ PHT. Kepada semua, sila nantikan buletin edisi Julai-Dis 2013. TAHNIAH & SYABAS!!!