Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

07 May 2014

UPCOMING EVENT @ PHT


25 March 2014

WoL Training & the Winner of Research Discovery Quiz 2013

PHT telah mengadakan Wiley Online Library Database Training bertempat di Makmal Komputer yang dikendalikan oleh Kent Yeap (Wakil Wiley). Peserta terdiri daripada pelbagai jabatan dan disiplin. Pada masa yang sama, hadiah untuk pemenang pertandingan Research Discovery Quiz 2013 yang lalu telah disampaikan kepada Dr. Sabreena Safuan, Jabatan Patology. Syabas dan Tahniah!

Pesanan penaja: Tunggu pertandingan akan datang untuk hadiah yang lebih lumayan daripada Wiley ;)




09 March 2014

Perhimpunan Bulan Mac 2014 & Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2011-2013

Pada pagi ini, permulaan kerja dimulakan dengan program perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh En. Zuhdi dan tazkirah telah disampaikan oleh Pn. Che Hasnah dengan pengisian tentang pembaziran dalam pelbagai aspek kehidupan yang telah diadakan di Cozy Corner, PHT. Acara seterusnya ialah Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Cuti Sakit Sifar 2011-2013. Keseluruhannya, hampir kesemua staf telah mencapai prestasi yang cemerlang dan memuaskan sepanjang 3 tahun tersebut.YM Engku Razifah dan En. Amran Mat Zin telah menerima sijil khas untuk Anugerah Cuti Sakit Sifar sepanjang 7 tahun 2007 - 2013. Manakala Pn. Rugayah dan En. Husnan bagi Cuti Sakit Sifar sepanjang 5 tahun 2009 - 2013.





Syabas dan Tahniah untuk  semua!

Majlis Penyerahan Buku Sumbangan Persatuan Soka Gakkai (Cawangan Kelantan)

5 Mac 2014 (Rabu) - Bertempat di Ruang Santai, PHT wakil Persatuan Soka Gakkai (Cawangan Kelantan) telah menyerahkan sebanyak 34 naskhah buku hasil penulisan Presiden mereka, Mr. Daiseku Ikeda. YM Engkuu Razifah selaku Timb. Ketua Pustakawan telah menerima sumbangan tersebut daripada En. Chin Kheng Seng, Setiausaha Persatuan Soka Gakkai yang disaksikan oleh semua staf PHT dan beberapa orang ahli persatuan. Gambar sekitar majlis tersebut:





Terima kasih daun keladi daripada kami warga PHT!

24 February 2014

Lawatan Daripada Pelajar Wadi Sofea International School

23 Feb 2014 (Sunday, 12.00 pm)





11 February 2014

Lawatan QE/5S dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

Salam Perkenalan QE/5S

Seramai 40 orang staf dari Fakulti Sains, UPM telah datang mengadakan Lawatan QE/5S ke Kampus Kesihatan USM pada 9 Feb 2014 yang lalu. Rombongan juga telah melawat Perpustakaan Hamdan Tahir bagi melihat persekitaran dan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S. Gambar sekitar lawatan tersebut:








Majlis Perpisahan En. Draman Nen

9 Feb 2014

En. Draman Nen, Penolong Pegawai Perpustakaan (S27) telah meletak jawatan dari USM dan akan meneruskan perkhidmatan di UNIMAS sebagai tenaga pengajar. Beliau terlebih dahulu akan melanjutkan pengajian ke universiti di Sydney, Australia. Segala jasa dan sumbangan beliau di sini selama 3 tahun tetap kami kenang. Selamat meneruskan perjuangan dan salam maju jaya daripada kami!

 



Riang Ria Rabu 2/2014

29 Jan 2014
Story Telling daripada Mak Engku kembali lagi!

Kali ini mak engku bercerita kisah Pak Pandir dan garamnya.

Manakala k.we dan abang shaari telah mengajak adik-adik membuat origami Rabbit!



 


Yey!!! Inilah Rabbit kami...Cantik tak?

Riang Ria Rabu 1/2014

22 Jan 2014

Program Riang Ria Rabu pada kali ini telah diserikan lagi dengan Sambutan Mawlidur Rasul 1435H anjuran bersama Sekolah Dalam Hospital (SDH) dan pihak Hospital USM. Sambil kita bergembira, sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w juga tidak dilupakan bagi peringatan bersama dan mencetus kesedaran bagi generasi muda.

Salam Mawlidur rasul daripada kami semua :)