minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman
28 February 2010
Bengkel Pemurnian ISO
Double Hat Tricks!
The subtle announcement made by En. Mohammad, the MC during last Sunday's event has taken us by suprise.
First of all we didn't see it coming since everything was done at a blurry speedy state. Secondly we're not putting much hope since we have won for the categories "Best Website" and "Best Counter" for two consecutive years, i.e. for the 2007 and 2008 Quality Awards. Everybody else must surely have enhanced and upgraded far better than us for the third year round. Nevertheless we came through this time, bringing home a new award for Top Office.
The categories for last year's Quality Award have been revised -- more refined categories, more selective judges and definitely tougher evaluations plus higher standards. The Library participated in 4 categories, namely Best Website, Best Customer Service (replacing Best Counter), Top Office and Top Teaching Lab. The last category was a trial, and it seems we need to tackle the shortcomings in that area.
The awards received are not the final goal in our business. We have to keep moving forward to face the challenge of upholding the APEX status. We have to put our best foot forward in every endeavor that we make. Along this arduous journey, awards such as these are truly a moral booster.
24 February 2010
Tetamu dari UCSI
Pada 16 Februari 2010 kami telah menerima seorang tetamu dari Universiti UCSI. Puan Aina Kartini merupakan seorang pustakawan yang sedang berkhidmat di Perpustakaan Universiti UCSI cawangan Terengganu. Universiti UCSI yang sebelum ini dikenali sebagai Sedaya International College mempunyai beberapa cawangan termasuk kampus di Marang, Terengganu. Beliau telah memilih untuk menjalani latihan sangkut di PHT bagi mendapat lebih pendedahan tentang pengurusan sebuah perpustakaan perubatan.
Sepanjang latihan selama 3 hari Puan Aina telah diberi penerangan tentang urusan kerja di semua bahagian di PHT. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman kerja di samping bertukar pandangan tentang amalan-amalan terbaik pengurusan perpustakaan.
Mendapat penerangan tentang pengurusan bahan-bahan media
17 February 2010
A trip to Pahang
Last week three of us were given the opportunity to visit Pahang, firstly to attend a seminar on knowledge management organised by Universiti Malaysia Pahang Library, and secondly to represent PHT in the general meeting of Librarians Association of Malaysia East Coast Chapter (also known as Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Timur or PPMT) .
Seminar Pengurusan Ilmu 2010 : Trend, Realiti @ Mitos?
The seminar was held on 10 February 2010 at the Library's Auditorium. Four papers were presented to discuss about knowledge management and to highlight the experience by those who were directly involved in KM initiatives.
Informal visit to UMP Library
Display rack for current journals - cool!
The AGM was held at the Meeting Room, Kulliyyah of Medicine in IIUM Kuantan Campus. The attendance was not bad, and we have a lot of response from participating members.
As part of the activity organised by PPMT, we managed to slot in a tour around the Library, lead by Puan Sahaniza.
Finally on our way back to Kota Bharu, we made a couple of stops at interesting places.
16 February 2010
Pengantin Baharu di Tahun Baharu
Kami di Perpustakaan Hamdan Tahir mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pengguna PHT serta pembaca Secangkir Kopi @ PHT yang berbangsa Cina.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada staf Perpustakaan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga iaitu Husnan Budin dan pasangannya Noorhayati binti Md. Zin. Majlis resepsi pengantin lelaki telah berlangsung semalam di kediaman beliau di Selising, Pasir Puteh. Semoga hidup kalian dilimpahi rahmat dari-Nya dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.
08 February 2010
Tazkirah Bulan Ini
Salam dan selamat sejahtera.
Pagi ini warga PHT memulakan tugas dengan menghadiri perhimpunan pagi yang diadakan setiap minggu pertama pada setiap bulan. Perhimpunan kali ini menyaksikan Amran Mamat sebagai juruacara dan En. Mohd Kamal sebagai penyampai tazkirah. Tazkirah yang bertajuk "Gurauan Rasulullah" telah menyingkap adab gurauan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan kepada umatnya.
Contoh gurauan Rasulullah dapat dilihat menerusi athar berikut:
- Ibu saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Safiyyah binti Abdul Muttalib memohon agar Rasulullah mendoakannya syurga. Maka Rasulullah berkata bahawa orang tua tidak akan masuk syurga. Kata-kata Rasulullah ini telah menyebabkan ibu saudara baginda yang sudah tua itu menangis. Rasulullah kemudian menerangkan maksud sebenar kata-katanya tadi iaitu penghuni syurga dijadikan muda belaka, sudah tentu tiada orang tua yang memasuki syurga.
- Daripada riwayat Anas bin Malik, telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya". Lalu jawab Rasulullah "Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya". Kemudian Rasulullah pun menerangkan maksud kata-katanya iaitu setiap unta adalah anak kepada unta yang lain, jadi bukanlah bermaksud baginda akan memberikan unta kecil bahkan unta dewasa yang menjadi anak kepada unta yang lain.
04 February 2010
Seminar Merekayasa Perpustakaan - bagaimana mendaftar?
Lagi pemberitahuan tentang Seminar Merekayasa Perpustakaan pada 5 - 7 April 2010 yang bertempat di Hotel Grand Riverview.
Maklumat penuh boleh didapati dalam poster berikut:
Jadual sepanjang seminar berlangsung adalah seperti di bawah:
Langkah-langkah yang perlu diambil:
- Save borang pendaftaran
- Cetak borang tersebut
- Isi dan hantarkan / fakskan kepada kami.