Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

08 February 2010

Tazkirah Bulan Ini

Perhimpunan pagi bulanan di hadapan Kaunter Rujukan


Salam dan selamat sejahtera.

Pagi ini warga PHT memulakan tugas dengan menghadiri perhimpunan pagi yang diadakan setiap minggu pertama pada setiap bulan. Perhimpunan kali ini menyaksikan Amran Mamat sebagai juruacara dan En. Mohd Kamal sebagai penyampai tazkirah. Tazkirah yang bertajuk "Gurauan Rasulullah" telah menyingkap adab gurauan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan kepada umatnya.

Contoh gurauan Rasulullah dapat dilihat menerusi athar berikut:
  1. Ibu saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Safiyyah binti Abdul Muttalib memohon agar Rasulullah mendoakannya syurga. Maka Rasulullah berkata bahawa orang tua tidak akan masuk syurga. Kata-kata Rasulullah ini telah menyebabkan ibu saudara baginda yang sudah tua itu menangis. Rasulullah kemudian menerangkan maksud sebenar kata-katanya tadi iaitu penghuni syurga dijadikan muda belaka, sudah tentu tiada orang tua yang memasuki syurga.
  2. Daripada riwayat Anas bin Malik, telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya". Lalu jawab Rasulullah "Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya". Kemudian Rasulullah pun menerangkan maksud kata-katanya iaitu setiap unta adalah anak kepada unta yang lain, jadi bukanlah bermaksud baginda akan memberikan unta kecil bahkan unta dewasa yang menjadi anak kepada unta yang lain.
En. Mohd Kamal seterusnya mengingatkan semua agar mengelakkan dari membuat gurauan keterlaluan tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini kerana gurauan hanya merupakan 'penambah perisa' dalam kehidupan ibarat garam dalam masakan. Sekiranya terlampau banyak garam dimasukkan ke dalam sesuatu masakan pasti akan menjejaskan keenakan masakan tersebut.


En. Mohd Kamal sempat menyampaikan tazkirah sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri bengkel

0 comments:

Post a Comment