Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

24 February 2010

Tetamu dari UCSI


Pada 16 Februari 2010 kami telah menerima seorang tetamu dari Universiti UCSI. Puan Aina Kartini merupakan seorang pustakawan yang sedang berkhidmat di Perpustakaan Universiti UCSI cawangan Terengganu. Universiti UCSI yang sebelum ini dikenali sebagai Sedaya International College mempunyai beberapa cawangan termasuk kampus di Marang, Terengganu. Beliau telah memilih untuk menjalani latihan sangkut di PHT bagi mendapat lebih pendedahan tentang pengurusan sebuah perpustakaan perubatan.

Sepanjang latihan selama 3 hari Puan Aina telah diberi penerangan tentang urusan kerja di semua bahagian di PHT. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman kerja di samping bertukar pandangan tentang amalan-amalan terbaik pengurusan perpustakaan.

Mendapat penerangan tentang pengurusan bahan-bahan media


Puan Aina bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pustakawan


0 comments:

Post a Comment