Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

20 April 2011

Aktiviti mengeluarkan peluh @ PHT

PHT meriah lagi dengan aktiviti mengecat kotak tanaman di sekitar bangunan perpustakaan yang diadakan pada 18 April yang lepas. Gotong royong jabatan yang saban tahun diadakan diberi sedikit kelainan pada tahun ini. Kali ini JK Perpustakaan Sejahtera PHT telah mengadakan aktitivi mengecat kotak simen tanaman bunga di sekitar bangunan perpustakaan.

Aktiviti ini dilakukan secara gotong royong dan berkumpulan serta staf dibahagikan kawasan mengikut kumpulan masing-masing.
Sekali sekala melakukan aktiviti sebegini memang amat menyeronokkan

cat jangan tak cat

Staf perempuan pun turut sama merasai pengalaman mengecat

Gigih walaupun di tengah panas terik!


yang mana satu nak guna ni...testing dulu lah...

Masing-masing menunjukkan bakat mengecat

sembang-sembang sambil mengecat


Memang rajin lah staf PHT ni...dah habis mengecat, siap bersihkan titisan-titisan cat yang tertumpah dibantu pencuci kontrak

Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan kotak-kotak tanaman sudah berwajah baru. Sekali sekala melakukan aktiviti sebegini mampu memberikan kepuasan kepada staf dan pada masa yang sama dapat mengeluarkan peluh dan merembeskan hormon-hormon stress dalam badan.

Sekali lagi aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara staf dan memupuk semangat kerja berpasukan dan saling bekerjasama antara staf. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua staf di atas sokongan anda mengindahkan lagi perpustakaan kita.

0 comments:

Post a Comment