Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

19 September 2012

Riang Ria Rabu..PHT Sentiasa Bersamamu

Alhamdulillah...tanpa disedari sudah hampir 2 tahun PHT telah turut serta dalam menjayakan Program Riang Ria Rabu anjuran Jabatan Pediatrik, Hospital USM di Pusat Sumber Kanak-Kanak. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang aktiviti sukarela ini dijalankan bagi memberi sokongan moral dan meringankan beban kesakitan kanak-kanak tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan...

Bercerita, Teka-teki, Mari Mewarna, Teka Gambar/Bunyi, Kuiz dan sebagainya.

Harapan kami semoga kanak-kanak ini terhibur dan tabah menghadapi dugaan dan kesakitan yang ditanggung. Segalanya ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi..

0 comments:

Post a Comment