Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

13 February 2011

PHT @ Riang Ria Rabu

PHT kini melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menjalin kerjasama dengan Jabatan Pediatrik dalam menjayakan program Riang Ria Rabu. Program komuniti mingguan pada setiap hari rabu ini bertujuan memberikan sokongan psikologi kepada pesakit di wad kanak-kanak, HUSM.

Pada tahun 2010, PHT telah menyertai program ini sebanyak 3 kali, manakala pada tahun 2011 PHT akan menyertainya sebanyak 6 kali (dua bulan sekali).

Dua kumpulan khas PHT telah dibentuk untuk merancang & menjayakan program tersebut. Yang penting, objektif untuk memberi sokongan psikologi kepada adik-adik kecil tercapai, disamping memberi keinsafan kepada staf yang menyertai program tersebut..







04 October 2010

Pameran PHT @ Dewan Utama

Pada tanggal 3 Oktober yang lepas, satu acara bersejarah telah berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara USM-DBP dan juga USM-MERCY Malaysia. Perpustakaan Hamdan Tahir juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan menyertai pameran yang diadakan di dalam dewan yang sama.

Perpustakaan Hamdan Tahir merakamkan ucapan tahniah kepada pensyarah-pensyarah USM Kampus Kesihatan yang telah berjaya menerbitkan buku melalui DBP yang telah dilancarkan semasa majlis tersebut. Serta ucapan Selamat Bertugas kepada beberapa orang pensyarah PPSP yang akan berangkat ke Bangladesh bagi menyumbang bakti di dalam Misi Kemanusiaan anjuran MERCY Malaysia.




Antara buku yang dipamerkan -- terdiri dari penerbitan DBP


Pengarah Kampus mengiringi Presiden Mercy Malaysia melawat tapak pameran


Prof. Abdul Aziz Baba melihat koleksi yang dipamerkan


Barisan petugas pameran - pose istimewa


Bersedia untuk memberi penerangan kepada pengunjung

Pengantin Baharu @ PHT

Salam ceria dari Secangkir Kopi.

Kami seluruh warga PHT amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada pengantin baharu di bulan Syawal, iaitu YM Tengku Syarmiza Tengku Zahid yang telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati beliau, Rozilla bt Mohamad pada 12 September yang lalu. Kenduri perkahwinan di sebelah pihak pengantin perempuan telah diadakan pada keesokan hari di Kg. Kubang Bemban Pasir Mas.

Semoga Allah melimpahkan Rahmah dan Barakahnya kepada kalian, semoga berbahagia dunia akhirat.


07 September 2010

Salam 1Syawal dari PHT


Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog yang budiman. Semoga 1 Syawal yang bakal menjelang akan disambut dengan penuh rasa tawadhu', kesyukuran dan keinsafan. Dan moga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak pada tahun hadapan. Kullu 'aam wa antum bikhayr.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallah huwallahu Akbar
Allahu Akbar walillahil Hamd


01 September 2010

Audit Dalam @ PHT

Pada tarikh 9 dan 10 Ogos yang lepas Perpustakaan Hamdan Tahir telah melalui Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan Kualiti PHT. Pasukan juruaudit yang diketuai oleh Puan Rozilah Hamzah dan disertai oleh En. Chandran Govindasamy, Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, Puan Hajjah Norita Abd Hamid dan Cik Noraini Ariffin telah melaksanakan proses pengauditan di setiap bahagian Perpustakaan dan meliputi keseluruhan klausa Standard MS ISO 9001:2008.

Hasilnya kami terima dengan minda dan hati terbuka demi untuk penambahbaikan berterusan perkhidmatan dan pengurusan PHT.


Mesyuarat pembukaan Audit Dalam dipengerusikan oleh Puan Rozilah dan turut disertai oleh wakil dari Perpustakaan Induk


Puan Hajjah Norita menjalankan pengauditan di Bahagian Perhubungan Pelanggan



Bersedia untuk membentangkan penemuan audit


Terima kasih di atas sumbangan jasa


Bersalaman sebelum bersurai


Perpustakaan Hamdan Tahir telah menerima sebanyak 15 NCR dan 15 OFI yang telah pun ditutup semasa Audit Susulan pada 24 September yang lepas.





Minggu Kempen Membaca 2010 @ PHT -- Bahagian 1

Pelancaran Minggu Kempen Membaca dan Program Bersama Munshi

Pada 25 Julai 2010, Minggu Kempen Membaca @ PHT telah secara rasminya dilancarkan oleh Datuk Dr. Zaidun Kamari yang mewakili Pengarah Kampus. Acara sederhana tetapi meriah tersebut telah dilangsungkan di Bahagian Perkhidmatan Media, PHT. Sejurus selepas kudapan ringkas, acara telah diteruskan dengan program Bersama Munshi yang menyaksikan En. Shahrul Imran Lim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lim memberi ceramah tentang tajuk yang begitu menarik sekali berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Antara tetamu yang hadir


Minggu Kempen Membaca 2010 dilancarkan


Sumbangan buku kanak-kanak kepada pihak HUSM


Nyanyian koir "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya" oleh staf PHT


Minta autograf Cikgu Lim


Sebahagian staf PHT bersama Munshi



Pameran dan Jualan Buku

Pameran dan Jualan Buku telah diadakan di Dataran Pelajar bermula 25-27 Julai 2010 dan disertai oleh 4 pembekal buku. ASTAKA (kelab staf PHT) turut memeriahkan suasana dengan jualan cenderahati USM dan buku-buku terbitan Penerbit USM. Selain itu, ada juga acara cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung gerai.

Pelbagai buku yang dijual


Ada juga jualan cenderahati USM oleh ASTAKA PHT


Kami pengunjung bertuah!


Suprises @ PHT

Beberapa pengunjung Perpustakaan Hamdan Tahir tidak menyangka mereka akan menerima kejutan pada 26 Julai 2010 yang lepas.


Tak sangka akan dapat hadiah!


Peminjam buku bertuah


Bertanya soalan di Kaunter Rujukan juga boleh jadi bertuah


Pengguna bilik tesis yang bertuah


You've just sat on the 'Lucky Chair'!


Seorang lagi pengunjung Perpustakaan yang bertuah





Minggu Kempen Membaca 2010 @ PHT -- Bahagian 2

Info Quest Day @ PHT

Acara ini telah berlangsung di perkarangan pintu hadapan PHT pada 28 Julai 2010, bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Sambutan yang begitu memberangsangkan terutamanya bagi yang tidak mahu lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Sony Walkman, kamera digital Nikon dan lain-lain. Sokongan padu dari pembekal-pembekal pangkalan data amat kami hargai.

Khusyuk mendengar penerangan


Salah seorang yang bertuah?


Pemenang Nikon Coolpix -- Dr. Nik Rizal


Pemenang bertuah hadiah utama Sony Walkman -- Siti Nor Ain


Pemenang tempat pertama Info Quest II, Chi Yuen Yee menerima hadiah Sony MP3 Player



Selongkar @ PHT

Peluang untuk peserta 'menyelongkar' setiap ceruk Perpustakaan bagi mencari 'harta karun' yang telah ditetapkan. Acara yang berlangsung pada 29 Julai 2010 ini disertai oleh 5 kumpulan yang telah menunjukkan semangat dan kegigihan dalam menyelesaikan tugasan. Tahniah buat semua!


Peserta mula membuka klu pertama


Mencari jawapan dalam folder keratan akhbar


Belek, jangan tak belek!


Semak dulu barang-barang dan jawapan setelah selesai 'menyelongkar'


Peserta bergambar bersama-sama penganjur



Adikku Sayang

Program berunsur khidmat masyarakat yang diadakan di Pusat Sumber Kanak-kanak dan juga Wad 6 Utara dan 6 Selatan, HUSM -- terdiri dari puppet show, permainan Win, Lose or Draw dan juga lawatan dan pemberian hadiah kepada pesakit kanak-kanak.

Bersiap-sedia sebelum program bermula


Puan Rabiatul mula bercerita


Haa .. adik tu jawab betul!


Cuba teka apa yang Puan Rugayah lukiskan?


Seronok dapat hadiah