Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman
Showing posts with label staf. Show all posts
Showing posts with label staf. Show all posts

01 December 2011

Dekat Di Hati

Tahun 2011 menyaksikan beberapa pergerakan staf di Perpustakaan Hamdan Tahir.

Puan Che Hasnah Ab. Ghani  telah ditempatkan semula di Perpustakaan Hamdan Tahir bermula 17 Januari 2011 setelah lebih 3 tahun berkhidmat di Perpustakaan Hamzah Sendut.


Sireh pulang ke gagang


PHT juga  telah 'kehilangan' beberapa orang warga staf. Antaranya Cik Nor Hairani Abdul Rashid yang telah berhijrah ke Unit Rekod Perubatan HUSM pada 12 Mei 2012 bagi mengisi jawatan baru di sana.

Rani masih setia mengunjungi PHT



Encik Mohd Kamal Mohd Napiah telah ditukarkan ke Perpustakaan Hamzah Sendut mulai 1 Mac 2011 dan sekarang berkhidmat di Bahagian Perhubungan Pelanggan di sana.


Tanda hati kenang-kenangan dari warga PHT disampaikan oleh Puan Engku Razifah



En. Ab Rahman Mamat telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 2011 kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kota Bharu. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai-Nya.


Che Mae dalam kenangan

04 October 2010

Pengantin Baharu @ PHT

Salam ceria dari Secangkir Kopi.

Kami seluruh warga PHT amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada pengantin baharu di bulan Syawal, iaitu YM Tengku Syarmiza Tengku Zahid yang telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati beliau, Rozilla bt Mohamad pada 12 September yang lalu. Kenduri perkahwinan di sebelah pihak pengantin perempuan telah diadakan pada keesokan hari di Kg. Kubang Bemban Pasir Mas.

Semoga Allah melimpahkan Rahmah dan Barakahnya kepada kalian, semoga berbahagia dunia akhirat.


18 May 2010

ESQ 165 di Bayan Lepas

Pada 11 hingga 13 Mei yang lalu seramai 20 orang staf PHT telah berada di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi mengikuti ESQ Leadership Training bersama-sama dengan staf Perpustakaan Hamzah Sendut dan cawangan-cawangan lain.

Kursus selama 3 hari tersebut turut diserikan dengan kehadiran Puan Seri Hajjah Masrah Zainul Abidin yang merupakan isteri kepada Yang Berusaha Naib Canselor USM dan juga mantan Ketua Pustakawan USM. Beliau turut mengambil bahagian di dalam sesi-sesi yang diadakan.

Kursus tersebut banyak menggunakan stimulasi audio dan visual bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian kursus. Fasilitator yang bertanggungjawab sepanjang kursus ialah Pak Aminul Rachman, Pak Muhammad Rasyid dan Pak Rasyid Taufik.

Hampir kesemua peserta dari PHT memberikan respon yang positif terhadap kandungan kursus. Dan pastinya ramai yang menyukai nasyid Demi Matahari yang dibawakan oleh kumpulan nasyid Snada dari Indonesia.

Salam semut dari kami Angkatan 5 USM!




04 May 2010

Majlis 4-dalam-1 @ PHT

Pada 15 April 2010 yang lepas, satu majlis sederhana telah diadakan bertempat di Bahagian Perkhidmatan Media bagi meraikan staf yang telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Cuti Sakit Sifar pada tahun 2008. Seramai 24 orang staf PHT telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang peringkat Perpustakaan USM, termasuk beberapa orang yang telah pun bertukar ke jabatan lain.

Di samping itu, Timbalan Ketua Pustakawan, YM Pn. Engku Razifah Engku Chik turut menerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Cuti Sakit Sifar selama 5 tahun berturut-turut dari 2003 hingga 2008.

Majlis tersebut juga merupakan sambutan majlis perpisahan untuk Puan Wan Rahayu Wan Daud yang telah bertukar ke Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Beliau telah menjalankan tugas sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) di Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan Sokongan PHT dan telah mula bertugas sejak Mei 1994 lagi.Pada masa yang sama, majlis ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran setelah berjaya menganjurkan Seminar Merekayasa Perpustakaan yang baru berlalu, juga di atas kejayaan PHT merangkul 3 anugerah semasa Hari Konvensyen Kualiti yang lepas.


Makanan yang terhidang -- macam nak raya!


Mula mengambil tempat


Anugerah disampaikan oleh Pn. Engku Razifah


Tersenyum menerima sijil dan labu sayong


En. Kamal selaku Pengerusi ASTAKA menyampaikan Anugerah Khas kepada Pn. Engku Razifah


Pn. Wan Rahayu menyampaikan ucapan sempena Majlis Perpisahan beliau


Ceria setelah majlis selesai

24 March 2010

Green thumbs @ PHT

A 'gotong-royong' was held yesterday afternoon all over the Library compound. Everybody took part in this activity except for a staff who was stationed at the Circulation Counter. This time we focused on replanting the ''ulam'' plants in the planter boxes near the Library parking lot. Ten groups are formed to see to 14 planter boxes.


The 'selom' leaves thriving well from the previous 'gotong-royong'


Erma watching En. Amran loosening the soil in one of the planter boxes


En. Kamal attempting to prune a tree shrub into an elephant shape. There's a term coined for the art and method of pruning and training certain plants into formal shapes such as animals. Can you guess what it is?


Fazreen happy to see the okra fruits all ready to be picked. Can you guess what okra is also known as?


Puan Anita said "Don't forget to water the plants, boys"





The answer to the question in picture no. 3 : TOPIARY

The answer to the question in picture no. 4 : LADY'S FINGER

10 March 2010

Yang Baharu di PHT

1. Pustakawan Baharu

Perpustakaan Hamdan Tahir telah menerima seorang lagi 'ahli keluarga' baharu iaitu En. Herman Harianto Che Harun yang mengisi kekosongan jawatan Pustakawan. Berasal dari Kuala Krai, En. Herman sebelum ini pernah bertugas di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan pada tahun 2008. Beliau juga pernah berkhidmat selama 2 tahun di Perpustakaan UIAM pada tahun 2006.

Pustakawan yang berusia 32 tahun ini sudah berumahtangga dan mempunyai 2 cahaya mata. Beliau yang mula bertugas di PHT pada 1 Mac yang lepas telah ditempatkan di Bahagian Proses Teknik sebagai pustakawan pengkatalogan.




2. Bahagian Baharu

Mulai 1 Mac 2010 Perpustakaan Hamdan Tahir telah menambah satu bahagian baharu yang dinamakan Bahagian Perhubungan Pelanggan. Bahagian tersebut diketuai oleh Puan Nurul Azurah Mohd Roni dan dibantu oleh Nor Hairani dan Mohd Afizull. Antara lain, bahagian tersebut berfungsi dalam melaksanakan program promosi, menyelaras latihan jabatan dan juga menguruskan maklumbalas pelanggan.

Tazkirah Bulan Ini

Perhimpunan pagi PHT kali kedua telah diadakan pada Isnin lepas, 8 Mac 2010 dan dikendalikan oleh Azrulhisham Abdul Rahman. Untuk sesi tazkirah, Puan Nurul Azurah Mohd. Roni telah mengajak semua warga PHT yang hadir untuk bersama-sama melafazkan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam.

IKRAR

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuhnya dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:-
  • berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah
  • menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah
  • bertindak tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan
  • bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah
  • bertindak tegas terhadap mereka yang cuba untuk menggugat integriti dan imej pegawai awam
  • mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam menjalankan tugas.
* Ikrar boleh dirujuk di sini.

Puan Nurul turut mengulas hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: iaitu apabila berbicara ia berkata dusta, apabila berjanji tidak ditepati, dan apabila ia diberi amanah ia mengkhianatinya".


16 February 2010

Pengantin Baharu di Tahun Baharu

Salam ceria dari Secangkir Kopi :-)

Kami di Perpustakaan Hamdan Tahir mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pengguna PHT serta pembaca Secangkir Kopi @ PHT yang berbangsa Cina.






Kami juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada staf Perpustakaan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga iaitu Husnan Budin dan pasangannya Noorhayati binti Md. Zin. Majlis resepsi pengantin lelaki telah berlangsung semalam di kediaman beliau di Selising, Pasir Puteh. Semoga hidup kalian dilimpahi rahmat dari-Nya dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.


08 February 2010

Tazkirah Bulan Ini

Perhimpunan pagi bulanan di hadapan Kaunter Rujukan


Salam dan selamat sejahtera.

Pagi ini warga PHT memulakan tugas dengan menghadiri perhimpunan pagi yang diadakan setiap minggu pertama pada setiap bulan. Perhimpunan kali ini menyaksikan Amran Mamat sebagai juruacara dan En. Mohd Kamal sebagai penyampai tazkirah. Tazkirah yang bertajuk "Gurauan Rasulullah" telah menyingkap adab gurauan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan kepada umatnya.

Contoh gurauan Rasulullah dapat dilihat menerusi athar berikut:
  1. Ibu saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Safiyyah binti Abdul Muttalib memohon agar Rasulullah mendoakannya syurga. Maka Rasulullah berkata bahawa orang tua tidak akan masuk syurga. Kata-kata Rasulullah ini telah menyebabkan ibu saudara baginda yang sudah tua itu menangis. Rasulullah kemudian menerangkan maksud sebenar kata-katanya tadi iaitu penghuni syurga dijadikan muda belaka, sudah tentu tiada orang tua yang memasuki syurga.
  2. Daripada riwayat Anas bin Malik, telah datang seorang wanita kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya". Lalu jawab Rasulullah "Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya". Kemudian Rasulullah pun menerangkan maksud kata-katanya iaitu setiap unta adalah anak kepada unta yang lain, jadi bukanlah bermaksud baginda akan memberikan unta kecil bahkan unta dewasa yang menjadi anak kepada unta yang lain.
En. Mohd Kamal seterusnya mengingatkan semua agar mengelakkan dari membuat gurauan keterlaluan tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini kerana gurauan hanya merupakan 'penambah perisa' dalam kehidupan ibarat garam dalam masakan. Sekiranya terlampau banyak garam dimasukkan ke dalam sesuatu masakan pasti akan menjejaskan keenakan masakan tersebut.


En. Mohd Kamal sempat menyampaikan tazkirah sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri bengkel

21 January 2010

Ahli keluarga baharu

Salam ceria dari Secangkir Kopi :-)

Mulai 17 Januari 2010 iaitu pada Ahad lepas, Perpustakaan Hamdan Tahir telah menerima kehadiran ahli keluarga baharu untuk jawatan Pembantu Am Pejabat iaitu Mohd Khairul Afif bin Azman bagi menggantikan Mohd Zaihan Hussein yang telah bertukar ke HUSM.

Anak muda kelahiran Pasir Mas ini pernah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 (2001-2005) sebelum meneruskan pengajian selama 2 tahun di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tangok pada tahun 2006.

Dikenali sebagai Afif, beliau dilahirkan pada tanggal 21 November 1988. Sebelum ini Afif pernah berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidikan Haiwan di PPSK selama 6 bulan.

Kepada Afif selamat bertugas dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh di PHT!