Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

28 January 2010

Tentang Paradigma dan Magnet Diri



Salam ceria dari Secangkir Kopi :-)

Petang semalam pada jam 3.00 petang seluruh warga PHT telah menghadiri Seminar Kakitangan PHT (SKPHT) yang pertama untuk tahun 2010.

Dua tajuk telah dibentangkan secara 'berduet' oleh Nor Erma Nordin dan Nor Hairani Ab Rashid, iaitu:
  1. Mengubah Paradigma Diri
  2. Magnet Diri

Pembentangan tersebut mengulas kembali seminar sehari "Transformational Leadership" yang telah mereka hadiri pada 16 Januari yang lepas.

Antara fakta menarik:

Nabi Muhammad (s.a.w.) telah dinobatkan sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah sepertimana yang ditulis oleh Michael H. Hart dalam buku beliau The 100: A ranking of the most influential persons in history yang diterbitkan pada tahun 1978.

Konsep S.A.L.A.M dalam membina sinergi antara manusia iaitu:
S = sebut nama dan beri salam
A = ajukan 3 soalan ringkas
L = luahkan pujian dengan ikhlas
A = ajukan 3 soalan lagi tentang apa saja
M = minta diri

Teknik 'sandwich' semasa mengkritik -- iaitu puji, kritik dan puji beserta nasihat / teguran.

Resepi kejayaan : haqqul yaqin + disiplin + usaha maksimum + bersungguh - 1001 alasan

Erma dan Hairani semasa seminar berlangsung


0 comments:

Post a Comment