Bila tinta berlabuh
minda mula berbicara
ceritera PHT terus berdendang
secangkir kopi jadi peneman

26 January 2010

Apakah itu 'merekayasa' ?

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, maksud merekayasa seperti berikut:

rékayasa = penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dlm perancangan, meka­nis­­­me kerja, dll sbg asas melaksanakan se­suatu

merekayasa = melakukan rekayasa

Contoh ayat:
DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta

perekayasaan = proses merekayasa

Contoh ayat:
MABBIM akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan.

Anda boleh semak Kamus Dewan secara dalam talian di sini.


Semasa Perutusan Tahun Baru Naib Canselor yang disampaikan pada 14 Januari 2005, Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak telah menyentuh tajuk Revolusi Pendidikan : Merekayasa Sebuah Universiti. Beliau dipetik sebagai berkata:

"..kita ingin melihat bagaimana USM boleh direkayasa ke satu tahap yang lebih cemerlang, mempunyai iltizam yang lebih mantap, budaya kerja dan etika yang lebih tinggi, serta pelaksanaan agenda yang lebih mencabar untuk bersaing di arena antarabangsa"

Beliau turut menggariskan prinsip 12D bertujuan untuk memupuk set minda warga USM agar mempunyai motivasi yang tinggi dalam "melakukan perubahan untuk merekayasa USM secara berterusan." (Dzulkifli, 2005).

Ringkasan prinsip 12D:
  1. DNA
  2. Design (reka bentuk)
  3. Distinctive (unggul)
  4. Diversity (kepelbagaian)
  5. Discontinuity (pemisahan)
  6. Deliberative (musyawarah)
  7. Detailed (perincian)
  8. Deep thinking (pemikiran mendalam)
  9. Dexterity (serba mahir atau ketangkasan)
  10. Discipline (Disiplin)
  11. Digital (digital)
  12. Dream (impian)

Jadi apakah langkah-langkah kreatif dan inovatif yang perlu diambil dalam merekayasa perpustakaan? Jawapannya pada 5-7 April nanti.


1 comments:

Mengkuang berduri said...

merekayasa... perkataan ni susah jugak nk sebut

Post a Comment